Pages

Saturday, April 12, 2014

Lobak merah, telur dan kopi


Jamil datang ke rumah Ustaz Ibrahim menceritakan bagaimana
hidupnya diuji dengan penuh kesusahan. Jamil berkata beliau
tidak mampu menghadapinya lagi dan ingin berputus asa. Jamil
memberitahu ustaz Ibrahim beliau teramat letih untuk meneruskan
perjuangan dan berlawan… setelah satu masalah selesai, satu
masalah baru pula timbul.
Ustaz Ibrahim hanya mendengar dan tidak berkata apa-apa.
Beliau menyuruh Jamil mengikutnya ke dapur.
Jamil pun mengikut tanya bertanya. Ustaz Ibrahim mengisi air di
dalam tiga periuk kecil dan mendidih ketiga-tiganya serentak.
Semasa air mendidih, Ustaz Ibrahim memasukkan lobak merah ke
periuk pertama, telur ke periuk kedua dan biji kopi ke periuk
ketiga.
Jamil bertanya, “Apa yang ustaz buat? Nak masak apa tu?”
Ustaz Ibrahim tidak berkata apa-apa dan membiarkan air
mendidih selama 20 minit. Setelah 20 minit, Ustaz Ibrahim
mengeluarkan lobak merah, telur dan biji kopi ke dalam sebuah
mangkuk.
“Jamil, apa yang enta nampak?”
“Lobak merah, telur dan kopi,” jawab Jamil.
Ustaz Ibrahim menyuruh Jamil untuk menyentuh lobak merah
tersebut. Jamil terasa lembut. Kemudian Ustaz Ibrahim menyuruh
Jamil untuk memecahkan telur tersebut. Selepas mengupas
kulitnya, Jamil dapat satu telur masak penuh. Kemudian, Ustaz
Jamil menyuruh Jamil mencuba air kopi di periuk ketiga. Jamil
berasa rasanya penuh aroma kopi.
“Ustaz, apa maksud semua ini?” Jamil bertanya.
“Setiap benda ini (lobak merah, telur dan biji kopi) telah melalui
kesusahan yang sama, iaitu air mendidih. Tapi setiap satunya
memberikan reaksi berlainan.
Lobak merah masuk dalam keadaan keras, kuat dan kasar. Akan
tetapi setelah melalui ujian air mendidih ia keluar lembik dan
lemah.
Telur masuk dalam keadaan rapuh dan mudah pecah. Dalam
cecair yang hanya dilindungi satu kulit yang nipis… akan tetapi
setelah melalui ujian air didih, ia bertukar menjadi keras.
Bagi bijih kopi pula… ini lebih menarik. Semasa mereka dalam air
mendidih, mereka menukar seluruh air mendidih kepada air kopi
yang wangi aroma seperti yang diminum Jamil tadi,” terang Ustaz
Ibrahim sambil tersenyum.
Mata Jamil seolah-olah terpukau dengan penjelasan Ustaz
Ibrahim.
“Jadi, Jamil adalah yang mana satu? Bila kesusahan melanda,
bagaimana Jamil menghadapinya? Lobak merah, telur ataupun
biji kopi?” tanya Ustaz Ibrahim kepada Jamil yang tersentak
dengan persoalan itu.
Wahai anakku,
Semasa ujian Allah datang mengetuk pintu kamu, bagaimana
engkau harus menghadapinya?
Adakah kamu seperti lobak merah yang nampak kuat, tapi dengan
sedikit ujian dan kesusahan, kamu bertukar menjadi lembik dan
hilang segala kekuatan?
Ataupun kamu seperti telur dengan hati yang bagaikan cecair yang
mudah dipengaruhi haba dan setelah melalui musibah, luaran
kamu nampak tidak berubah, akan tetapi hati kamu dah bertukar
menjadi keras, tidak gembira dan tidak beransur.
Ataupun kamu ialah biji kopi, makin didih, kamu mampu
mengubah keadaan situasi kamu sehingga keadaan itu
mengeluarkan bau aroma yang menakjubkan.
Jadi siapakah kamu, wahai anak kesayanganku?
Ingat, Allah tidak akan menguji seseorang melebihi
kemampuannya. Apabila menghadapi kesusahan, ingatlah Allah
sedang menguji kamu, dan aku berharap kamu bertindak seperti
biji kopi, bertambah baik dan mengubah keadaan sekeliling
kepada situasi positif.
Waktu yang paling sukar adalah masa terbaik untuk meningkatkan
diri ke tahap yang lain.
- Tuan Ibrahim Tuan Man -

2 comments :

Anonymous said...

Nak jadi bijik kopi..hari2 org tu bleh minum kat old town white coffee

Young Millionaire Cik Mariah Sazali, said...

Hahahahaha. Jommmmm lepak minum! I want white coffeeeee.