Pages

Tuesday, July 1, 2014

Jodoh: Aku dan Pemilik Rusuk Kiri ku.

Assalamualaikum. 
Salam 3 Ramadhan
Alhamdulillah. 

Bulan penuh keberkatan.
Kemuliaan.
Kebaikan.

" I Love Ramadhan because that kid who never prays, prays. That girl who never covers, covers. That guy who never fasts,  fasts. Even if its just for a month,  at least these 'types' of people tasted the sweetness of faith just for one month.  And perhaps months later down in life,  if their life ever becomes bitter- they'll refer back to Ramadhan and yearn for that same sweetness they sampled just that one month.  You call them ' Only Ramadhan Muslim' I call them 'Muslim who may only need Ramadhan to change'
In Shaa Allah.
Indeed.

Bukan mudah nak berubah jadi lebih baik
Kalau manusia sekeliling terlalu menghukum!
Hati manusia mana yang mampu bertahan
Menadah telinga,  kata cerca! 
Ya manusia itu perlu kuat! 
Tabah, nekad!
Istiqomah!

Pelbagai fasa kehidupan aku lalui.
Terkadang terlihat rentetan cerita lama
Melihat manusia jahil depan mata. 
Ya, sama dengan aku dulu.
MashaAllah.
Malu sendiri,  menginsafi diri. 
Allah masih sayang, aku mampu berubah. 
Berubah menjadi lebih baik.
Keluar dari zaman jahiliah.
Tapi masih jahil.

Bulan puasa jugak yang banyak merubah hati aku.
Bulan puasa jugak la, aku paksa diri berhijab!
Bulan puasa jugak la, aku paksa diri
Sujud!
Bulan puasa jugak la, aku paksa diri
Menutup aurat! 
Bulan puasa jugak la, aku paksa diri
Berubah! 
Alhamdulillah.
Masih diberi hidayat untuk berubah.
Jihad, berperang dengan nafsu sendiri.

Hati
Kalau keras seperti batu, 
Degil!
Itu aku!
MashaAllah, Mariah berubahlah.

Dulu aku selalu pertikaikan, 
Soal jodoh aku! 
Aku minta petunjuk,
Solat istikharah.
Masih tiada jawapan! 
Walau keluarga menentang hebat, 
Selagi hati aku masih degil, 
Tiada siapa mampu ubah!
Mungkin hati aku terlalu taksub.
Riak.
Mungkin. 

Ramadhan tahun lalu, 
Setiap kali sebelum subuh,
Aku cuba untuk berubah. 
Ya, berubah hanya di bulan Ramadhan.
Mencari ketenangan diri sendiri. 
Mencari jawapan ketidakpuasan hati.

Solat Hajat.
Solat Taubat.
Solat Istikharah.
Solat Subuh.
Itu rutin baru aku.

Aidilfitri muncul.
Jawapan masih kabur!
Tiada lagi rutin.

Kalau benar dia jodoh ku, 
Satukan kami di jalan Mu, 
Kalau benar dia bukan jodoh ku, 
Jauhkan hati aku sejauh jauh nya!

Masih aku amalkan sehingga sekarang. 

Ramadhan kali ini.
Masih dengan rutin sebulan setahun aku.
Ketenangan diraih.
Bila soal jodoh dipersoalkan
Hanya mampu berserah pada takdir.

Walau hati yakin,
Ketentuan Allah lebih pasti.
Kalau sudah tercatat di Luh Mahfuz.



1 comment :

Anonymous said...

Menelusup hariku dengan harapan..akhirnya menemui jawapan