Hasil coretan petang hari. "Hati Seorang Perempuan"
Hati seorang perempuan itu
Sukar dimengertikan apa mahunya,
Kata A baginya tapi C diinginkannya, Mahunya bukan satu tapi banyak!
Banyak yang diinginkan tapi satu mahunya. Jadi kau Lelaki, tidak perlu memikirkannya. Kerana hati perempuan itu sendiri bingung Berikanlah seluruh cinta untuknya. Cukup!
Hati seorang perempuan itu,
Terlalu halus untuk disentuh,
Jangan dikasari dengan dusta cinta,
Sekali hatinya terparut dusta,
Sepanjang hayatnya akan dikenang derita, Belailah dengan kelembutan kasih sayang, Pasti perempuan itu setia sepanjang nyawa.
Hati seorang perempuan itu,
Bila menyayangi lelaki itu tulus,
Bukan emas permata harta berjuta dikejar Sekadar menjadi saudagar pencinta setia, Wahai Lelaki tidak perlu menduga hati, Kerana hati seorang perempuan itu ABSTRAK!
No comments :
Post a Comment