Assalamualaikum sayang Mummy....
Ya Allah, cepatnya masa berlalu.
Sebulan berpuasa, sekarang dah raya ke 9.
Salam Aidilfitri, Maaf Zahir Batin dari kami sekeluarga. Ngeeee.
#ThrowBack
7-11 Julai 2015.
Mummy balik kampung, tinggal Abi kt KL sorg3. Wakaka. Seronok betul dapat balik kampung jumpa Nenek!
Alhamdulillah, anak Mummy kuat. Kalau ikutkan, tak boleh naik flight masa awal pregnancy. Risau keguguran disebabkan faktor tekanan udara. Alhamdulillah dengan izin Allah Taala anak Mummy sihat sihat aja. Mummy je yg teruk alahan.
Cerita bab alahan or morning sickness. Meh Mummy cter sikit. Alhamdulillah, so far Mummy xdela teruk sangat alahan. Cuma bulan puasa ni selalu kena gastrik teruk. Langsung xde selera nak makan. Sebab itulah makin menjadi jadi gastrik Mummy. 7 hari Mummy tak puasa. Nanti anak Mummy kena tolong gantikan. Ngeeee.
Lagi satu, Mummy cepat sangat penat dengan mengah. Hanya Allah yang tahu. Penatnya macam nak pitam. Flat habis. Just baring jela. Nak masak lagi la Mummy kemalasan. Kesian Abi. Sahur ngn buka puasa semua beli kedai. Memang Mummy tak larat nak masak.
Hidung Mummy sensitif betul. Ada bau kurang menyenangkan sikit je mesti mual loya nak muntah. Ya Allah, seksanya.
Masa Mummy kat kampung, Mummy g klinik scan kamuuuuu wahai Anak Mummy. I'm sooooooo excited! Ya Allah, satu perasaan yang indah sukar digambarkan dengan kata kata. Indah.
Alhamdulillah, dengan izin Allah Taala, kamu sihat wahai anak Mummy. Sooooo small inside my womb!
Ada satu kekeliruan.
Ikut scan due date 3 March 2016.
Ikut period due date 25 February 2016. Means beza seminggu. Ikutkan waktu scan kamu sudah Week7 and by today 25July kamu week9. Ikutkan scan sekarang kamu week8. Sudah 2bulan kamu dalam rahim Mummy! Perut Mummy pun makin membooolat! Comel je Mummy rasa. Ya Allah, seronoknya.
18July.
1st time Mummy beraya dengan Abi. Eh jap, kita panggil Papa, Abi la. Sejuk sikit dengar. Ngeeee. Kita beraya umah Tok di Taiping. 1st time Mummy x beraya dengan Nenek kt Pasir Mas. 😢😢😢😢😢😢 sedih. Rindu Nenek.
Kamu wahai anak Mummy makin membesar. Mummy langsung xde selera nak makan. Tok masak rendang, Mummy makan sikit je. Lepas tu kamu tak nak. Habis muntah semua makanan Mummy makan. Dugaan Allah bagi Mummy rasa untuk dapatkan kamu anak yg soleh solehah! In Shaa Allah. Aaminn.
Mummy kt umah Tok langsung tak tolong pape. Penat. Asyik mengah je. Jalan sikit pun dah x larat. Itu kamu kecik lg, 2 bulan. Kalau dah sarat, Mummy suh Abi dukung je. Wakaka.
Raya ketiga, Abi bawak Mummy jalan jalan kt Bukit Bendera. Ya Allah, ramainya manusia. Penatnya Mummy beratur. Hampir 2 jam baru sampai puncak. Kalau Mummy hiking dah lama sampai.
Lepas Bukit Bendera, kita g makan kt Padang Kota. Yumssss. Semua Mummy nak makan tapi kamu wahai anak Mummy langsung tak nak makan. Sabar jela. Abi plak bising bila Mummy tak nak makan. Kecik hati. Kalau ikutkan selera Mummy, memang sume Mummy nak makan. I'm a foods loverrrr! Mana mungkin Mummy tak nak makan. Tapi sebabkan xde selera memang tengok jela orang makan.
Lepas seminggu kita beraya di Taiping, now we are homeeeee! Feel good to be homeeee. Finally. Sekarang, jommm kita hitung hari nak balik beraya umah Nenek Raya Haji nanti. Hahahahaha. Time tu kamu dah nak masuk 4 bulan. Mesti dah ada selera nak makan. Yumssss. Macam2 Mummy nak makan.
Wahai anak Mummy. Tak sabar Mummy nak peluk cium kamu. In Shaa Allah kalau Allah izinkan. Kamu bertabah la sayang. Mummy asyik dapat mimpi buruk je sekarang ni. Macam ada orang dengki nak hantar benda jahat pada kita. Hanya pada Allah Mummy berserah dan bertawakal. Moga kamu sihat dan dapat melihat dunia. Aaminn.
Minggu depan Mummy nak kena buat buku check up merah untuk kamu. Moga Allah permudahkan. Aaminn. Sayangku wahai anak Mummy. Moga kamu membesar dengan sempurna sifat dan akhlak yang sempurna. Hanya dengan izin Allah Taala.
Salam sayang dari Mummy.
p/s: Abi punya la happy and excited nak jumpa kamu wahai anak Mummy. ;)
Week9.
No comments :
Post a Comment