Assalamualaikum.. Sedikit perkongsian mungkin ada yang terlepas pandang akan hukum ini kerana sekarang boleh dikatakan semua menggunakan mesin basuh utk mencuci pakaian..
Ya Allah, kita selama ini mungkin tidak menitik beratkan hal ini. Baju untuk solat!
Bagi kita cukup sekadar baju itu bersih dari najis. Baju yang baru dipakai kita yakin baju itu bersih.
Sebersih manakah baju yang kita pakai untuk solat itu? Yakin ianya bersih dan suci? Alhamdulillah, beruntungnya saya keluarga kerana ada adik perempuan saya Ustazah yang membetulkan tanggapan kami sebelum ini.
Sebolehnya, sediakan satu baju khas untuk kita pakai untuk solat, saya sediakan jubah.
Pastikan jubah tersebut dibasuh dengan betul. Pastikan jugak telekung solat kita bagi perempuan dibasuh dengan cara yang betul di bawah.
|Hadam Betul2 Ilmu ni|
Dalam bab Thoharah, iaitu HUKUM membasuh baju menggunakan mesin basuh. Ramai yang tidak terdedah dengan cara membasuh dengan betul.
Baju yang bercampur dengan pakaian dalam, atau pakaian yang terpercik najis Hukmi (Najis yang tidak nampak dan yakin terkena najis), perlulah diulangi basuhan itu melalui BILAS dengan air lalu di akhir pembasuhan.
Ini kerana, air yang kurang daripada 2 kolah berada di dalam mesin basuh menjadi air MUTANNAJIS dan dibawa solat. Maka hukumnya TIDAK SAH SOLAT tersebut kerana pakaian masih menanggung najis.
Langkah-langkahnya:
1. Basuh baju seperti biasa jika bercampur dengan pakaian yg bernajis. Selepas tamat pembasuhan melalui durasi mesin basuh, lakukan semula dengan cara membilas baju satu persatu ataupun beberapa helai sekaligus melalui air yang dibuka semula dan ratakan sehingga basah.
2. Pakaian boleh dibilas dengan air paip diluar mesin basuh ataupun menggunakan paip di dalam mesin basuh.
3. Jika ingin membilas didalam mesin basuh, bilasan air perlu diratakan ke semua baju TANPA membiarkan air BERTAKUNG di dalam mesin.
4. Membilas pakaian yg ingin dibawa solat tidak perlu lama-lama dan menggunakan air yang banyak, cukup sekadar meratakan.
5. Spin, selesai. Jemur dan boleh dibawa solat.
#Hukum
ini adalah hukum muasorof yakni hukum yang baru selepas mesin basuh dicipta. maka para ulama mentafsirkan cara basuhan mengikut tahap kesucian dengan teliti dari segala sudut Thoharah.
Sebelum mesin basuh dicipta, umat islam membasuh baju disungai, atau menjirus daripada tempayan air ataupun paip, maka air sudah mengalir dan tidak terikat dengan mutannajis kerana tidak direndam.
Keterangan: Senang cerita, baju, kain pelekat, telekung solat, kopiah atau apa sahaja pakaian yang dibawa untuk solat itu di akhir pembasuhan menggunakan Mesin Basuh Automatik kita bilas dengan air yang mengalir. Biarlah menyusahkan sedikit untuk kita untuk dating bersama Tercinta Maha Agung takut dikhuatiri SOLAT KITA TIDAK SAH selama ini. Allahualam.
Semoga memberi manfaat kepada kita semua. In Shaa Allah.
-Kuliah/Thoharah-
Kemusykilan ini telahpun dijawab oleh UAI:https://www.youtube.com/watch?v=Ra1TG534szE
P/S: Sampaikan pada Umat Islam yang lain.. moga bermanfaat utk semua.. InsyaAllah..Basuhan Menggunakan Mesin Basuh AUTOMATIK - Ustaz Azhar Idrus*Harap maaf..Gangguan audio minit 0:36 - 0:53.. *Cara Solat Jenazah* [Kitab Majmuk Salasa & Penawar Bagi Hati] Siri 67] Masjid Pulau Serai, Dungun, Terengganu
No comments :
Post a Comment