Pages

Saturday, February 21, 2015

Taaruf untuk ku!

Ya Allah, 
Terkunci mulut ku pagi tadi bila adik aku Mea, khabarkan ada orang nak takruf aku arini!

Taaruf ni dengan bahasa mudah sesi suai kenal ataupun seorang lelaki datang untuk melihat wanita yang ditemani oleh kaum keluarga ataupun mahram untuk mencari jodoh. 

Sesi taaruf bukan sesi 'wajib jadi'. Ia cuma satu sesi suai kenal. ianya bergantung kepada kedua belah pihak sama ada meneruskan perhubungan atau menamatkan perbincangan pada sesi taaruf sahaja.

Ya Allah, nerbessss sampai nak pecah dada. Memang speechless habis!

Apa lagi, terus aku lari ke Masturat (Majlis ilmu dengan Jemaah Tabligh perempuan ) dulu, tangguh Taaruf waktu pagi ke lepas Zohor.

Masuk je waktu Zohor, kalut la! Ya Allah, permudahkan untuk ku. Tup tup Chik datang, pakcik aku yang paling iras dengan Arwah Baba, yang paling dekat dalam hati, seperti berjanji plak Chik datang. Dengan izinMu, Ya Allah, Kau ganti tempat Arwah Baba dengan Chik. *nangissss aku peluk cium Chik tadi*

Dupdapdupdapdupdapppppp! *nak pitam*

Maka sampailah waktunya. 
Dalam bilik memang dah menggeletar satu badan. Seram sejuk nerbesssss. 3 4 kali Umi panggil aku keluar. Takutttttttt.

1st time kot aku jadi pemalu tahap pemalu paling pemalu di dunia. Sepatah pun aku tak cakap, tunduk tengok tangan je. Fuhhhhh.

Bersembang la Umi, Chik, dan Mea dengan dia. Aku? Senyum tunjuk maluuuuuu. Nak sebut nama sendiri pun xmampu!

Mereka jela yang bersembang. 30minit kemudian berakhir lah sesi Taaruf aku! Lamanya Ya Allah. 

Dia orangnya macam mana?
Simple.
Kurus.
Tinggi.
Hitam manissss.

Ya Allah, tak terucap oleh kata syukurku kepada kebesaran Mu! Dia terlalu sempurna untuk aku, orang kuat agama, ahli Tabligh macam arwah Baba, beriman, apa lagi kesempurnaan yang aku cari? Dia boleh bimbing aku menuju syurgaMu!

Sekarang, bermulalah pemburuan  Istikharah Cinta Halal ku, Kau permudahkan untukku, Kau bukalah hijab rahsia jodohku. Kalau dia jodoh yang terbaik untukku yang dapat membimbing ku menuju syurgaMu, yang dapat terima baik burukku, dengan Redha aku terima. Permudahkan untukku. Aamin.

p/s: Gigi dia cantik, perwatakannya kontra dariku.

p/s/s: Mr apakah?  Mr. Ustazkah? :)

Assalamualaikum.

No comments :