Kesunyian
Sendiri menyendiri.
Keseorangan menanti mentari senja.
Keseorangan menempuh pekat malam.
Keseorangan dalam dingin subuh.
Kesunyian
Mengajar aku menghargai segala apa aku ada.
Setiap kegembiraan ada insan ketawa bahagia.
Setiap kesedihan ada insan memujuk hati.
Kekayaan aku bersama kasih rindu insan tersayang.
Kesunyian
Mendidik aku lebih peka sekeliling
Memperbaiki setiap kelalaian jiwa.
Menambah ilmu persediaan diri.
Menginsafi diri.
Kesunyian
Terlontar aku kejauhan berfikir mendalami
Sejenak aku hanyut bersama irama sunyi
Aku masih mampu tersenyum.
Alpa aku dengan kesusahan yang sedikit
Banyak nikmatMu yang tidak aku hitung.
Aku bersyukur.
Kesunyian
Kadang terimbau kenangan.
Ada manis, ada pahit.
Aku kena tabah!
Biar masa sunyi ini mengubati hati.
Kesunyian
Ada kata berbisik halus menusuk
Aku terkedu memahami
Belum pernah aku rasa pasrah
Menunduk selembut hati
Setiap yang tersurat terlalu ironik
Kesunyian
Biar masa menentukan
Aku terima seikhlas hati
Mungkin ini yang terbaik
Debar hati menunggu tika
Aku akur menunduk pasrah.
Kesunyian
Pasti ada gelak tawa menemani nanti
Kebahagiaan akan terukir
Senyuman tampak segak
Masa kemeriahan itu aku nanti.
Bercinta Selepas Kahwin pasti indah!
Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal ianya amat buruk bagimu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui terhadap sesuatu yang tidak kamu ketahui.
Al-Bakarah:216
No comments :
Post a Comment