Ya Allah,
Cantiknya percaturan jodoh untukku. Semua yang hadir sekarang ini terlalu baik untukku. Selama ini aku selalu merintih kenapa susah untuk aku menemui jodoh yang terbaik buatku. Sekarang aku memahami. Terlalu indah sampaikan aku terkelu bicara. Air mata syahdu yang mampu aku luahkan. Tak terkata. Baru tadi aku dapat perkhabaran, benarlah adik aku sedang merencanakan jodoh buat ku. Tabligh! Ya seorang Tabligh. Ya Allah, terlalu besar nikmatMu untuk aku hambaMu yang penuh dengan dosa silam. Air mata penyesalan tidak dapat menebus dosa semalam. Lelaki yang baik untuk perempuan yang baik. Ya Allah hanya padaMu aku berserah. Doaku hanya satu, kurniakan buat ku suami yang soleh beriman yang dapat membimbing ku menuju syurgaMu dan dapat menerima baik buruk diriku. Walaupun bukan lagi suami ku namum calon yang ada sekarang ini tidak layak untuk aku terima. Ya Allah, hanya Engkau Yang Maha Mengetahui apa isi hati hambaMu ini. Bantulah aku. Tunjukkan buatku. Siapa jodoh aku yang hanya Engkau Ketahui. Sesiapa pun aku terima dengan redha. Aku hanya manusia biasa yang mahu disayangi dihargai berkongsi kasih sayang bersama manusia. Aku redha dan pasrah menerima.
Friday, February 20, 2015
Jodoh itu rahsia besar Allah.
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
No comments :
Post a Comment